Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki
As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz Almaliki
As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulama  
Islam yang utama pada dasawarsa ini tanpa diragukan lagi, ulama yang 
paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, 
penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat 
mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, 
seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam 
turath.
Menzirahi beliau merupakan suatu keharusan kepada para ulama yang menziarahi Makkah.
Keluarga  Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung 
secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam 
sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah 
yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi 
Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu 
‘Anhum.
Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati 
di Makkah dan telah melahirkan alim ulama besar di Makkah, yang telah 
mengajar di Makkah sejak  lama.
Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab 
Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, 
merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau 
memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan 
seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi 
diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat 
Hidup beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd 
As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.
Bapak beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang 
ulama Makkah Termasyhur  di abad yang lalu. Beliau telah mengajar 
perbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. 
Ratusan murid dari seluruh pelusok dunia telah mengambil faedah daripada
 beliau dari kuliah beliau di Masjidil Haram, dan banyak di kalangan 
mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.
Malah, Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan 
Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. 
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya 
merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 
hari dari kematian beliau, Stesyen Radio Saudi tempatan hanya menyiarkan
 bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan kecuali hanya 
untuk beliau.
Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada 
biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid 
As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan 
adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki, juga seorang 
ulama, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah 
yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini mengandungi tulisan 
berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulama dari seluruh dunia Islam.
Keluarga Maliki juga telah melahirkan banyak lagi ulama lain, tetapi 
penulis hanya menyebut bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk 
maklumat lanjut, rujuk tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan 
ulamanya di abad-abad mutakhir.
Kelahiran dan Pendidikan Awal
As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, 
dilahirkan pada tahun 1946, di kota suci Makkah, dalam keluarga 
Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga Sayyid yang melahirkan ulama
 tradisi. Beliau amat beruntung kerana memiliki bapa seperti As-Sayyid 
Alawi, seorang ulama paling berilmu di Makkah. Bapa beliau merupakan 
guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah 
dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak 
kecil. Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar 
setiap kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada beliau.
Pendidikan Lanjut
Dengan arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami 
pelbagai ilmu turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, 
Mustalah, Nahw dan lain-lain, di tangan ulamak-ulamak besar lain di 
Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh 
kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain.
Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar 
kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar 
lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di 
tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut 
di Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada 
Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi 
yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau
 berkenaan Hadith telah dianggap cemerlang dan menerima pujian yang 
tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu 
Zahrah.
Perjalanan Mencari Ilmu
Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid 
Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda 
untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah 
bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki, dan 
rantau Indo-Pak untuk belajar dari alim-ulama yang hebat, bertemu para 
Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta mengumpul 
manuskrip-manuskrip dan kitab.
Di setiap tempat ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang 
agung, dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik 
dengan pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk
 beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat menghormati bapa beliau yang
 alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid.
Ijazah-ijazah
Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau 
‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. 
Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulamak yang 
terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan 
setiap kitab Hadith, Feqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, 
atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab 
tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak 
murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, 
Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu 
Alaihi Wasallam.
Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan 
bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian 
sanad terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu 
Alaihi Wasallam.
Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, 
As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak 
teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau 
sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang 
paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya 
dengan sejumlah besar para ulamak agung.
Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka
 merupakan ulamak besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan 
sebahagian mereka:
Dari Makkah:
 1) Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
 2) Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki
 3) Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
 4) Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani
 5) Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
 6) Shaykh Muhammad Nur Sayf
 7) Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani
 8) Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
 9) Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
10) Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
11) Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
12) Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
13) Shaykh Abd-Allah al-Lahji
Dari Madinah:
1) Shaykh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
2) Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
3) As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
4) Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
5) Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
6) Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
Dari Hadramawt dan Yaman:
 1) Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
 2) Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
 3) Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
 4) Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
 5) Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
 6) As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
 7) Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
 8) Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
 9) Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
10) Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
11) Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf
Dari Syria:
1) Shaykh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
2) Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
3) Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
4) Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
5) Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
6) Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
7) Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
Dari Mesir:
1) Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
2) Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
3) Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
4) Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
5) Shaykh Muhammad al-‘Aquri
6) Shaykh Hasan al-‘Adawi
7) Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
8) Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
Dari Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan
Tunisia):
1) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
2) Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
3) Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
4) As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
5) Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
6) Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
7) Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
8) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani
Dari Sudan:
1) Shaykh Yusuf Hamad An-Nil
2) Shaykh Muddassir Ibrahim
3) Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
4) Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah
Dari Rantau Indo-Pak:
1) Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
2) Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
3) Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
5) Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
6) Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
7) Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
8) Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
Silsilah ini hanya merupakan ulama masyhur yang Syaikh kita telah 
mendapat ijazah darinya, dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak 
disebutkan. Pada As-sayyid Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati 
nilai terbaik dari para Masyaikh ini dalam pelabagai latarbelakang dan 
pengkhususan.
Karier Mengajar
Kalimah karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk 
menggambarkan aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini 
amat hampir kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, 
seperti mana Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti keturunannya 
sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan 
keuntungan material langsung.
Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya 
sendiri, menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, 
kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya
 diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama yang suci. 
Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau bertahun-tahun 
lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali 
ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut di 
kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian 
di negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan 
Dubai.
Bagaimanapun apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai 
Profesor Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana 
beliau telah mengajar sejak tahun 1970.
Pada tahun 1971, sebaik bapanya meninggal dunia, para ulamak Makkah meminta beliau untuk menggantikan tempat
bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas 
menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari 
seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. 
Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di 
kedua-dua Tanah Haram.
Bagaimanapun pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan 
kedudukan mengajarnya di Universiti Ummul Qura juga kerusi warisannya di
 Masjidil Haram, memandangkan fatwa dari sebahgian ulamak fanatik 
fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya sebagai ancaman kepada 
ideologi dan kekuasaan mereka.
Sejak itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan
 tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, 
Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri 
tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Ramai pelajarnya daripada 
Universiti menghadiri pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam 
sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi penuntut.
Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab 
Saudi dan selalu diminta nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan 
yang penting. Beliau juga dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah 
Qur’an antarabangsa di Makkah selama tiga tahun berturut-turut.
Tulisan Beliau
Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau
telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta 
sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan 
perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks
 di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.
Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:
Aqidah:
1) Mafahim Yajib an Tusahhah
2) Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3) At-Tahzir min at-Takfir
4) Huwa Allah
5) Qul Hazihi Sabeeli
6) Sharh ‘Aqidat al-‘Awam
Tafsir:
1) Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2) Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4) Hawl Khasa’is al-Quran
Hadith:
1) Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3) Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4) Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik
Sirah:
1) Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2) Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3) ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4) Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5) Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6) Zikriyat wa Munasabat
7) Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra
Usul:
1) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2) Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3) Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
Fiqh:
1) Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
2) Labbayk Allahumma Labbayk
3) Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4) Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5) Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6) Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf
Tasawwuf:
1) Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
2) Abwab al-Faraj
3) Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
4) Al-Husun al-Mani‘ah
5) Mukhtasar Shawariq al-Anwar
Lain-lain:
1) Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
2) Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3) Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
4) Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5) Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6) Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7) Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8) Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
9) Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10) Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11) Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12) Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13) Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14) Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15) Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16) Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
Senarai di atas merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah 
dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak 
disebutkan dan juga yang belum dicetak.
Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah 
dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar
 dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid 
Muhammad amat agung.
Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke perbagai bahasa.
Kegiatan  lain
As-Sayyid Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan 
kerohanian Islam yang sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, 
Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan 
Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.
Di Asia Tenggara Khususnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah 
mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan 
aktiviti dakyah Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha 
telah memeluk Islam di tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang
 bersinar di wajahnya.
Ke mana sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di 
tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali
 memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia.
Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, 
bukan sahaja kerana beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana 
ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga 
amat terkenal amat pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya.
Pendekatan
As-Sayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan 
majoriti Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan 
sederhana, pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan dalam 
kepelbagaian.
Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang 
masyhur, tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak
 dan Awliyak agung yang lepas.
Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain 
sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama 
sebahagian fahaman hari ini.
Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar 
reformis (Islah) abad ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam 
generasi terdahulu menggunakan nama Islam yang suci.
Beliau juga memahami bahawa mencela kesemua Ash’ari, atau kesemua 
Hanafi, Syafi’e dan Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan 
oleh sebahagian fahaman hari ini adalah sama dengan mencela keseluruhan 
Ummah Islam ribuan tahun yang lampau. Ia hanya merupakan sifat dan 
pendekatan musuh Islam, dan bukannya rakan.
Sayyid Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulamak –ulamak Mazhab 
yang agung – mengikuti Sunni-Sufi – sejak beratus tahun yang lalu, 
adalah penghubung kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah 
penghalang antara keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai 
sesetengah pihak.
Kefahaman yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman 
yang berasaskan tafsiran para ulamak agung Islam, dan bukan dengan 
sangkaan para ekstrimis zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali 
sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga 
berpendapat majoriti ummah ini adalah baik. Kumpulan-kumpulan minoriti 
yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman ekstrim mereka.
Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan 
Syariah, Sufi para Awliya’ agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri 
merupakan mahaguru kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan 
dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para Masyaikh 
Tariqah yang agung.
Beliau turut mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara 
bersendirian atau berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian 
seseorang. Semua pelajarnya dimestikan bertahajjud dan membaca wirid 
pagi dan petang.
Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan 
segala hasil yang ada untuk meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut 
kerohanian, masyarakat dan juga material, dan tidak membuang masa yang 
berharga dengan berbalah pada perkara-perkara kecil. Beliau percaya 
Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara yang telah 
diselisihkan oleh para ulamak. Mereka sebaliknya perlu berganding bahu 
bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai kejahatan dan 
dosa.
Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam 
tulisannya yang terkenal, Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang 
Perlu Diperbetulkan), sebuah buku yang mendapat penghargaan meluas di 
seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di lingkaran para ulamak.
Penutup
Tidak diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat 
buat ummah ini. Beliau merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad
 Sallahu Alaihi Wasallam dari sudut darah daging serta kerohanian. 
Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau seperti mana 
dilihat pada solat jenazah beliau.
Siapa sahaja yang pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. 
Rumahnya di kota suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk 
ulamak dan para penuntut yang menziarahi, ribuan orang yang menuju 
kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti takut dalam berkata yang benar 
dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana kebenaran. 
Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama 
dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen.
Maklumat lanjut kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya
 yang hebat bertajuk, Al-Maliki ‘Alim Hijjaz, karangan penulis dan 
sejarahwan terkenal Makkah, Dr Zuhayr Kutbi.
Pemergiannya
Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan 
(bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), 
dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat 
mengejutkan.
Benar.. Ia adalah satu kehilangan yang besar.. Ucapan takziah 
diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat janazah beliau dilakukan di 
seluruh pelusuk dunia.
Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.
Saya adalah antara yang menunaikan solat jenazah (pertama di rumah 
beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di 
Masjidil Haram dengan Imam Subayl)… Ratusan ribu manusia membanjiri 
upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih… Ia 
merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan… Allahu Akbar…
Betapa hebatnya beliau… betapa besarnya kehilangan ini… Betapa 
ramainya yang menyembahyangkannya… Saya tahu mata saya tidak pernah 
menyaksikan seorang spertinya… Seorang yang amat dicintai oleh 
masyarakat seperti beliau… seorang ulamak yang berkaliber dan 
berpengetahuan serta berhikmah…
Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh 
kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang 
yang menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para manusia 
menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang upacara pengebumian beliau, 
memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan.
Beliau disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya 
Sayyidah Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada 
menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan 
bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah pada bulan Ramadhan. 
Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, “tidakkah 
engkau mahu menghadiri penegebumianku?”
Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat… apakah
 lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah 
menangisi pemergiannya… Seluruh dunia Islam menangisi kehilangannya. 
Moga Allah menganugerahkan beliau tempat yang tertinggi di Jannah, 
bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.
 Ameen.
Wallahu A’lam. Wassollahu Ala Saiyidina Rasulillah WaAla Alihi Wasohbihi Waman Walah, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin